Top Ad unit 728 × 90

Apple Watch di Malaysia Jun ini?



CEO Apple, Tim Cook memberitahu bahawa Apple merancang untuk melancarkan Apple Watch di lebih banyak negara pada akhir bulan Jun nanti. Ketika ini, Apple Watch hanya dijual di 9 buah negara.

Tim Cook juga memberitahu Apple Watch kini mempunyai lebih 3500 aplikasi, jauh lebih banyak berbanding aplikasi iPhone dan iPad ketika pelancarannya dahulu.



Tim Cook tidak memberitahu negara manakah yang akan mendapat Apple Watch Jun ini tetapi beliau mengatakan Apple berjaya menghantar lebih banyak Apple Watch di 9 negara ini ketika pelancarannya berbanding rancangan awal mereka.

Beberapa sumber memberitahu Oh! Geekz bahawa Malaysia termasuk di dalam senarai untuk pelancaran Jun ini. Spekulasi ini diperkukuhkan lagi dengan kelulusan awal Apple Watch daripada pihak SIRIM.



Kami di Oh! Geekz akan menerima Apple Watch dalam masa beberapa hari lagi dan kami akan membuat review secara menyeluruh untuk anda. Ikuti Facebook, Twitter dan Instagram Oh! Geekz.
Apple Watch di Malaysia Jun ini? Reviewed by Shibli on 2:17 PM Rating: 5

No comments:

Copyright © 2015 Oh! Geekz. Powered by People & Google.
Powered by Oh! Media Network

Contact Form

Name

Email *

Message *

ShibliVision. Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.