Top Ad unit 728 × 90

Skematik Rekaan iPad Pro Tersebar di Internet


Tahun lalu, khabar angin mengenai Apple bakal muncul dengan iPad bersaiz besar hangat diperkatakan di media sosial dan internet. Tetapi kehangatan mengenai produk baru yang dilancarkan Apple baru-baru ini iaitu Apple Watch telah mencuri perhatian seluruh dunia sekali gus meredakan sedikit khabar angin mengenai iPad Pro ini.

Hari ini, berita mengenai tablet yang bakal dilancarkan Apple tahun ini kembali hangat diperkatakan dimana Apple akan muncul dengan iPad bersaiz 12.9 inci. Rekaan pada iPad Pro ini dikatakan akan menggunakan material yang sama digunakan pada Apple Watch Sport Edition iaitu Aluminum 7000 Series.

Menurut laporan nowhereelse.fr, demensi bagi iPad Pro ini berukuran 305.70mm x 222.60mm x 7.20mm atau lebih tepat 12.9 inci x 8.7 inci x 0.28 inci. Apple dikatakan akan menggunakan empat speaker, dua pada bahagian bawah dan dua pada bahagian atas bersebelahan sleep/wake button dan headphone jack.




Dari segi spesifikasi, iPad Pro ini dijangka akan dilengkapi dengan cip prosesor triple-core A8X, RAM 2GB, pengimbas cap jari Touch ID dan bakal menyertakan pen Stylus khas. Apple dijangka akan memperkenalkan iPad Pro ini secara rasmi pada acara khas bulan Oktober ini.
Skematik Rekaan iPad Pro Tersebar di Internet Reviewed by Syed Naqiuddin on 1:56 AM Rating: 5

No comments:

Copyright © 2015 Oh! Geekz. Powered by People & Google.
Powered by Oh! Media Network

Contact Form

Name

Email *

Message *

ShibliVision. Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.