Top Ad unit 728 × 90

Dua Lelaki Bergaduh Mengenai Jenama Manakah Lebih Bagus Antara iPhoneDan Android Sehingga Cedera Teruk

Dua orang lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mereka didapati menikam antara satu sama lain dengan objek tajam. Mereka dipercayai dibawah pengaruh alkohol ketika bertengkar mengenai jenama manakah lebih baik antara iPhone dan Android menurut laporan Berita KTUL.

Polis tempatan memberitahu bahawa seorang wanita membuat laporan menjumpai lelaki berlumuran darah di tempat letak kereta Apartment Evergreen, United Stated kira-kira pukul 1 pagi. Hasil siasatan polis mendapati kedua-dua lelaki tersebut meminum minuman beralkohol dan bertengkar mengenai smartphone mereka.

Pihak polis berkata kedua-dua lelaki tersebut bertindak diluar kawalan dengan memecahkan botol minuman mereka dan mula menikam antara satu sama lain. Mereka kini dibawa ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan lanjut dan pihak polis tidak pasti samaada mereka akan didakwa atau pun tidak buat masa ini.

Oh!Geekz : Kalau nak compare jenama mana lebih bagus pun tak perlulah sampai emosional sangat okay?
Dua Lelaki Bergaduh Mengenai Jenama Manakah Lebih Bagus Antara iPhoneDan Android Sehingga Cedera Teruk Reviewed by Syed Naqiuddin on 9:46 AM Rating: 5

No comments:

Copyright © 2015 Oh! Geekz. Powered by People & Google.
Powered by Oh! Media Network

Contact Form

Name

Email *

Message *

ShibliVision. Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.