Unboxing, Review, Benchmarks: Macbook Retina 12 inci

Apple telahpun mula menjual Macbook terbaru mereka secara rasmi dan review-review awal mula dikeluarkan oleh blog-blog di luar negara.
Berikut adalah video unboxing dan review Macbook baru yang berwarna Space Grey daripada Dom Macmixing.
Ramai mengatakan Macbook baru tidak mampu melakukan kerja-kerja berat seperti membuat editing video dan sebagainya kerana menggunakan Intel Core M, tetapi tanggapan tersebut nampaknya kurang tepat apabila ianya mampu mengedit video HD penuh 1080p menggunakan Adobe Premiere tanpa sebarang masalah. Macbook ini bagaimanapun menjadi perlahan apabila mengedit video UHD 4K.
Selain USB-C, rekaan keyboard serba baru serta teknologi lapisan bateri, Apple juga memperkenalkan 'Force Trackpad' serba baru dimana ianya boleh mengesan pergerakan jadi anda menekan dengan lembut atau kuat.
Video di bawah menunjukkan 15 kegunaan Force Trackpad.
Kami juga telah menempah Macbook baru ini dan akan tiba tidak lama lagi bersama-sama Apple Watch. Nantikan pandangan kami mengenai kedua-dua produk baru ini di Facebook, Twitter dan Instagram Oh! Geekz.
Unboxing, Review, Benchmarks: Macbook Retina 12 inci
Reviewed by Shibli
on
3:29 AM
Rating:

Post Comment