5 Perkara Baru Pada iOS 8.3 Yang Tidak Boleh Dilakukan Sebelum Ini
Jika anda menggunakan iPad atau iPhone, anda kini boleh mengemaskini sistem operasi terbaru daripada Apple iaitu iOS 8.3. Selain daripada prestasi yang lebih baik dan penambahbaikan masalah, Apple menambah beberapa fungsi yang menarik.
Berikut adalah beberapa contoh perkara baru di dalam iOS 8.3.
1. Emoji Baru
Sudah pasti anda mengetahui iOS 8.3 mempunyai emoji serba baru. Apple menyusun semula kedudukan emoji untuk memudahkan pengguna memilih dan kini anda boleh memilih warna-warna kulit untuk emoji yang mempunyai manusia.
Apple juga menambah beberapa emoji seperti Apple Watch, iPhone 6 dan bendera negara (termasuk Malaysia!).
2. Panggilan melalui Wifi
Setelah mengemaskini kepada iOS 8.3, iPhone anda kini mempunyai fungsi untuk membuat panggilan menggunakan Wifi. Ianya secara automatik akan mengubah kepada panggilan telko biasa jika Wifi terputus. Walaubagaimanapun, fungsi ini masih belum boleh digunakan di Malaysia.
Buat masa ini, ianya hanya disokong oleh telko EE di UK, telko Sprint dan T-Mobile di US. Harapnya fungsi menarik ini boleh digunakan di Malaysia tidak lama lagi.
3. Verifikasi Keselamatan Google
Dengan iOS 8.3, apabila anda menggunakan akaun Google untuk Mail, Contacts, Calendar di dalam Settings, anda akan diminta untuk mengisi kod verifikasi berbanding mengisi kata laluan seperti dahulu.
Proses 'two factor authentication' ini lebih mudah dan efisien.
4. Buang Spam iMessage
Sesiapa sahaja yang tahu Apple ID anda boleh menghantar iMessage kepada iPhone/iPad anda, bermakna anda mungkin kerap mendapat mesej/iklan daripada orang yang tidak dikenali. iOS 8.3 membantu anda untuk mengatasi masalah ini.
Anda boleh membuka Settings, Messages dan klik Filter Unknown Senders untuk memudahkan anda melihat dan membuang mesej spam.
5. Muat Turun Aplikasi Tanpa Kata Laluan
Mengisi kata laluan setiap kali memuat turun aplikasi percuma agak memeningkan kepala. Anda kini boleh menetapkan untuk tidak mengisi kata laluan untuk memuat turun aplikasi percuma.
Tetapan tersebut boleh diubah melalui Settings, iTunes & App Store dan klik Password Settings. Tetapan ini bagaimanapun tidak boleh digunakan jika anda menggunakan Touch ID.
5 Perkara Baru Pada iOS 8.3 Yang Tidak Boleh Dilakukan Sebelum Ini
Reviewed by Shibli
on
5:13 PM
Rating:

Post Comment