Video Unboxing Macbook 12 inci Terbaru dari Vietnam
Satu laman web dari Vietnam iaitu Tinhte.vn memuat naik video unboxing Macbook 12 inci dengan skrin Retina terbaru yang berdurasi 7 minit.
Tidak dapat dipastikan bagaimana mereka mendapat Macbook tersebut kerana ianya hanya akan mula dijual secara rasmi bermula 10 April nanti.
Video tersebut memberi gambaran saiznya dengan lebih jelas dan bagaimana USB-C berfungsi. Walaubagaimanapun, suara latar video tersebut berbahasa Vietnam.
Kami di Oh! Geekz telahpun menempah Macbook terbaru ini dan dijangka akan menerimanya sekitar pertengahan April nanti. Jangan lupa ikuti Facebook, Twitter dan Instagram untuk kemaskini terkini.
Video Unboxing Macbook 12 inci Terbaru dari Vietnam
Reviewed by Shibli
on
4:15 AM
Rating:

Post Comment