Top Ad unit 728 × 90

Unboxing Video: Apple Watch Sport



Kami telahpun menerima beberapa unit AppleWatch untuk dipakai dan berkongsi review dengan anda pembaca Oh! Geekz.

Kami mempunyai kedua-dua model AppleWatch, iaitu model 38mm dan 42mm. Model 38mm mempunyai saiz skrin dan tali yang lebih kecil, sesuai untuk kanak-kanak dan wanita. Model 42mm pula lebih besar dan sesuai untuk lelaki.

Di bawah ini kami kongsikan video ringkas unboxing Apple Watch Sport 42mm yang berwarna biru.




Bungkusannya cukup baik dan Apple juga memberikan sebuah kotak untuk menyimpan jam tersebut serta tali jam berlainan saiz untuk ditukar jika saiznya tidak sesuai dengan pergelangan tangan anda.

Kami akan menggunakan Apple Watch ini untuk beberapa minggu dan review penuh dengan lebih terperinci akan kami keluarkan tidak lama lagi. Buat masa ini, ikuti perkembangan dan pandangan kami mengenai Apple Watch di Instagram ShibliVision, Instagram Oh! Geekz, Facebook dan Twitter.
Unboxing Video: Apple Watch Sport Reviewed by Shibli on 2:30 AM Rating: 5

No comments:

Copyright © 2015 Oh! Geekz. Powered by People & Google.
Powered by Oh! Media Network

Contact Form

Name

Email *

Message *

ShibliVision. Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.