Top Ad unit 728 × 90

Samsung Memberi 56 Aplikasi dengan Galaxy S6, Tidak Boleh Dibuang

Flagship terbaru Samsung iaitu Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge mempunyai 56 aplikasi dan anda tidak boleh membuangnya, lapor Gizmodo.

Sebelum pelancarannya, khabar angin mengatakan Samsung akan meringankan perisian untuk Galaxy S6 kerana banyak kritikan sebelum ini mengenai sistem Touchwiz yang berat dan membuatkan smartphone Samsung menjadi perlahan.



Khabar angin tersebut ternyata tidak benar kerana Galaxy S6 mempunyai 56 aplikasi, 6 aplikasi lebih banyak berbanding Galaxy Note 4. Aplikasi-aplikasi yang diberi bersama termasuklah aplikasi daripada Google, aplikasi Samsung (S Voice, S Health), aplikasi Microsoft (OneDrive), aplikasi telko dan beberapa aplikasi pihak ketiga seperti Instagram dan Whatsapp.

Beberapa kenyataan rasmi dari pihak Samsung mengatakan bahawa pengguna boleh memilih untuk membuang aplikasi-aplikasi tersebut tetapi nampaknya pengguna hanya boleh 'disable' aplikasi yang mereka tidak mahu. 'Disable' aplikasi bermaksud ianya hilang daripada homescreen dan menu, tetapi tidak dibuang daripada memori smartphone tersebut.

Berikut adalah komen daripada pihak Samsung apabila ditanya mengenai perkara ini.

Simplicity is critical for usability and functionality, so Galaxy S6 and Galaxy S6 Edge offer a refined and optimized user experience and the offering of core and preloaded apps has been streamlined. Some apps can be uninstalled while some can be disabled, and this varies by region and carrier. Further, 40% of the features and steps have been deleted compared to previous models.
 Pengguna iPhone juga mengkritik perkara yang sama apabila Apple tidak membenarkan pengguna membuang aplikasi yang diberi, terutamanya aplikasi Apple Watch yang disertakan bersama iOS 8.2. Walaubagaimanapun, aplikasi keseluruhan di dalam iOS jauh lebih sedikit berbanding Touchwiz daripada Samsung.

Galaxy S6 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 2 April ini dan dijangka akan mula dijual beberapa hari selepas pelancaran tersebut. Untuk mendapat maklumat terkini mengenai tarikh penjualan dan harga rasminya di Malaysia, ikuti Facebook, Twitter dan Instagram Oh! Geekz.
Samsung Memberi 56 Aplikasi dengan Galaxy S6, Tidak Boleh Dibuang Reviewed by Shibli on 2:08 AM Rating: 5

No comments:

Copyright © 2015 Oh! Geekz. Powered by People & Google.
Powered by Oh! Media Network

Contact Form

Name

Email *

Message *

ShibliVision. Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.